Wednesday, October 6, 2010

TIJB 89/90 ~ BBQ PARTY

Dengan hormatnya dijemput bekas pelajar-bekas pelajar TIJB (Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru ) SPM 1990 untuk sama-sama memeriahkan majlis BBQ PARTY sempena setahun Grand Reunion sebagaimana butiran berikut ~ Bagi pengguna-pengguna Facebook sila KLIK DI SINI untuk info.

Tarikh : 16hb Oktober 2010
Lokasi : Kediaman En. Zaki dan Puan Zuraina.
Boleh datang bersendirian atau bersama keluarga.

Untuk info selanjutnya bolehlah menghubungi Puan Norlaila Sairan atau tinggalkan komen anda di sini.

Wednesday, September 29, 2010

Hari Raya Gathering di KL dan BP pada hujung minggu ini

Salam. Diucapkan selamat bergathering kepada semua sahabat-sahabat yang bakal berkumpul pada 3hb (Ahad ini) di KL dan 2hb (bagi x-B3 di BP). Semoga majlis ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua.



Alunan merdu zikir taubat ini mengimbau nostalgia di Surau TIJB, bagai baru semalam kenangan itu tercipta.... Terima kasih kpd guru-guru yang telah mendidik kami berpegang pada nilai-nilai agama. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya. Al-Fatihah kepada yang telah kembali kepada Sang Pencipta. Semoga Allah menempatkan mereka di kalangan roh-roh orang-orang yang beriman. Amin.



NIKMAT SYURGA ~ motivasi pagi

Diriwayatkan setelah para penghuni syurga selesai menikmati di hari pertama mereka dikumpulkan beramai-ramai di dalam perkampungan syurga yang serba indah di dalam suasana yang amat berbeza dam paling menakjubkan, lalu mereka pun dipakaikan pula dengan pakaian yang serba indah yang dihadiahkan oleh Allah. Setelah itu, Allah memerintahkan malaikat Jibril menghantar bau-bauan harum untuk para tetamu yang tidak terbilang ramainya itu.

Kemudian muncul pula seekor burung yang ajaib rupanya dan terlalu cantik pula warnanya di udara taman syurga yang permai itu. Burung ajaib itu terbang di atas perhimpunan yang ramai itu sambil mengembangkan sayapnya mengelilingi bahagian atas kepala mereka. Dari kedua belah sayapnya itu terperciklah bau-bauan yang harum semerbak merenjis pada tubuh dan pakaian setiap ahli syurga itu. Maka harum dan bertamba nyamanlah suasana syurga pada masa itu.

Alangkah tercengangnya para tetamu di perkampungan syurga itu melihat beberapa kejadian ajaib yang ditunjukkan oleh Allah sebagai janji tentang kesenangan dan kebahagiaan yang bakal dinikmati oleh manusia yang beriman di alam akhirat. Seketika kemudian terdengar suatu suara paling ganjil dan menakjubkan memenuhi ruang taman syurga yang terbentang itu. Suara itu merupakan kalimah dari Allah s.w.t sendiri yang pertama kali di dengar oleh manusia.

“Apakah lagi permintaan kamu kepada Aku wahai hamba-hambaKu? Mintalah kepada Aku dan Aku akan memenuhi kehendak kamu semuanya.” Demikianlah kalimah yang berkumandang di setiap penjuru alam syurga pada ketika itu dan terperanjatlah sekalian manusia penghuni syurga bila mendengar kalimah dari Allah sendiri di bumi syurga yang amat keramat dan bertuah itu.

Mendengar kalimah suara dari Allah s.w.t merupakan suatu nikmat yang paling berharga dan mulia yang bakal dikecap oleh manusia beriman dan beramal soleh di syurga nanti. Ia lebih berharga dari segala-galanya dan lebih nikmat dari setiap apa yang pernah dirasai oleh umat manusia di muka bumi ini. Peristiwa ini tidak akan dikecap oleh manusia-manusia kufur dan kafir. Kerana di akhirat nanti bukan sahaja Allah jijik dan benci melihat mereka malah Allah akan menghalang pendengaran mereka dari mendengar suara dan kalimahNya, apalagi untuk melihat wajah Allah. Kemudian seluruh manusia yang memenuhi ruang taman syurga itu berkata,

“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya telah Engkau sempurnakan janjiMu tentang kenikmatan yang akan Engkau anugerahkan ke atas hamba-hambaMu yang mensyukuri setiap nikmat yang telah Engkau kurniakan semasa di dunia. Demikianpun wahai Tuhan kami, izinkanlah kepada Kami untuk melihat wajahMu di hari Akhirat yang Engkau janjikan ini.” Melihat wajah Allah dengan jasad dan mata sendiri merupakan suatu perkara yang paling mustahil dapat dicapai oleh seseorang manusia, kecuali junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj dalam masa hidup di dunia dahulu.

Tetapi apakah kita akan mendapat nikmat melihat wajah Allah di syurga nanti? Inilah suatu kejadian yang akan dinikmati sendiri oleh orang-orang yang mukmin, yang beriman, yang percaya kepada Allah serta mempercayai pula kepada perkara-perkara yang ghaib, bila dihimpunkan di syurga nanti. Seketika kemudian secara tiba-tiba muncullah sebuah mimbar yang amat ajaib di taman syurga yang penuh berisi dengan manusia yang ramai itu.

Malaikat Jibril muncul di tengah manusia yang ramai itu sambil membimbing tangan Nabi Musa a.s naik ke atas mimbar yang indah itu untuk membacakan kitab Taurat supaya dapat dihayati oleh seluruh umat manusia di dalam syurga itu. Setelah nabi Musa a.s berada di atas mimbar itu, beliau pun memperdengarkan bacaan Taurat dengan bacaan yang lembut dan jelas didengar oleh manusia di situ. Selepas itu Jibril mempersilakan pula Nabi Isa a.s ke atas mimbar yang sama untuk memperdengarkan bacaan kitab Injil yang pernah diturunkan ke[ada beliau oleh Allah s.w.t. Setelah Nabi Isa a.s tamat memperdengarkan bacaannya, kemudian tibalah pula giliran Nabi Daud a.s untuk memperdengarkan bacaan kitab Zabur kepada manusia di taman syurga itu. Beliau pun membaca kitab suci itu dengan suara yang lemah lembut dan paling indah hingga menjadi terpegunlah sekalian manusia di taman syurga mendengar suara Nabi Allah itu. Selepas itu, malaikat pun mempersilakan pula Nabi Muhammad s.a.w naik ke atas mimbar itu untuk memperdengarkan bacaan kitab suci Al Quran.

Rasulullah s.a.w pun naik ke atas mimbar itu lalu membacakan kitab suci alQuran dengan suara yang paling merdu dan tidak pernah didengar oleh sebarang manusia sebelum ini. Setelah selesai pembacaan kitab-kitab suci yang pernah diturunkan oleh Allah kepada umat manusia itu, maka tiba-tiba terangkatlah suatu hijab (halangan) di langit syurga ketika itu. Apabila terbuka sahaja hijab itu, maka keluarlah angin yang lembut bersama dengan sejenis bauan yang sangat harum dan menakjubkan. Sekalian manusia yang berada di taman itu berasa terkejut melihat suatu kejadian paling ajaib yang tidak pernah terfikir oleh akal mereka sebelum ini.

Dan selepas itu terbukalah suatu hijab yang lebih besar lagi iaitu hijab yang menghalang setiap makhluk dari melihat wajah Allah s.w.t. Disinilah merupakan saat yang paling nikmat dan paling berharga bagi setiap penghuni syurga kerana disinilah tempat pertemuan sebenarnya antara manusia dengan Tuhannya, Allah lalu memberi salam kepada sekalian manusia yang memenuhi taman syurga pada ketika itu, dan seluruh manusia penghuni syurga tersebut menyambut semula salam Allah dengan rasa nikmat dan syukur yang tidak terperi.

Kemudian berkatalah seluruh manusia itu kepada Allah Maha Pencipta, Allah Maha Berkuasa, Yang Maha Pengasih dan Maha Mengasihani,

“Wahai Tuhan kami, izinkanlah kami sujud kepadaMu hari ini.”Allah membalas permintaan seluruh manusia itu dengan kalimahNya,

”Wahai hamba-hambaKu, hari ini bukanlah merupakan suatu hari untuk kamu semuanya rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat untuk kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat untuk kamu semua beribadat, tetapi ia merupakan tempat mulia untuk kamu semua merasa pembalasan nikmat dan kesenangan yang berkekalan. Walaupun begitu, Aku izinkan kamu semua sujud sekali kepadaKu hari ini.”

Oleh itu marilah kita yakin dengan sepenuh-penuh keyakinan bahawa di akhirat nanti, kita akan bertemu dengan Tuhan yang kita puja dan sanjung. Rasulullah s.a.w sendiri menerangkan kepada kita bahawa kita akan dapat melihat Allah s.w.t di akhirat nanti.

Saturday, August 21, 2010

RESEPI BURASAK

Disertakan resepi ini kerana permintaan kawan-kawan. Selamat mencuba.


Bahan-bahan:

Beras 1kg,
Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya,
garam secukup rasa.

Bahan pembungkus :
Daun pucuk pisang (hijau muda),
Daun pisang (hijau).

Cara-caranya:
Bersihkan beras dengan air yang bersih dan toskan.
Panaskan santan hingga mendidih. Bila mendidih kecilkan api.
Masukkan garam (janganlah banyak, ala kadar saja). Bila santan sudah berubah warna sedikit, padamkan api. Tuang santan panas ke dalam beras sambil gaulkan. Ingat! jangan terlalu banyak. Beras biar lembab sedikit, tapi merata.

Cara membungkus:
Sediakan daun pucuk pisang yang dipotong bentuk segi empat 4. Daun pisang juga dipotong bentuk segi empat. (Petua memastikan daun pisang tahan dan tidak koyak: jemur atau salai daun pisang itu)

Cara mengikat burasak:
Susun bungkusan bertiga-tiga atau berempat dengan tali rafiah. Mulakan balutan dari satu hujung ke hujung yang satu lagi pada jarak 1 in, bila sampai ke hujung yang satu teruskan belitan untuk membentuk huruf ‘Z’ di permukaan dan ‘X’ di bahagian tepi. Simpulkan di tempat permulaan. Buatlah sehingga semua beras siap dibungkus. Burasak hampir siap.

Memasak burasak:
Rebus burasak selama 1-3 jam..Lagi sedap kalau 7 jam. (sebaiknya direbus dalam periuk yang besar di kayu api yang marak) Bila dah masak, keluarkan. Biar sejuk dahulu, hidangkan bersama hidangan ayam masak lengkuas... serunding atau sambal kacang

Sunday, July 11, 2010

AL-FATIHAH UNTUK BELIAU

Jasa beliau yang telah mendidik kami di bumi TIJB bagai apa yang tertulis di dalam lirik, terpatri di dalam hati...

guru yg mendidik kami
rasa penuh semangat dan dedikasi
ilmu yang telah diberi
asas pelajaran yang kami warisi

sekolah menengah ini
gurunya bijak bistari
tekun menjalani
tanggungjawab sendiri

Namun pagi ini, perkhabaran sedih ini kami terima dari Zulkama....

"kepada kwn2 TIJB di fb ni....perkabaran yg baru di terima, awal pg td ustaz Ibrahim, guru agama kita telah kembali ke rahmatullah - moga ustaz ditempatkan bersama org2 yg soleh, al-fatihah..."


Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baktinya yang tidak ternilai. Ilmu yang diberi, asas pelajaran yang kami warisi, nasihat-nasihat yg penuh bererti, akan kami jadikan panduan hingga ke akhir hayat kami nanti. InsyaAllah.

Kami dengan ini ingin merakamkan ucapan TAKZIAH ke atas keluarga allahyarham. Semoga tenang menghadapi dugaan ini...


Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan tergolong di dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin. Al-fatihah.


..ss/..

Wednesday, July 7, 2010

PENGUMUMAN ACARA MAKAN-MAKAN & REUNION

Assalamualaikum.

Terima kasih kepada yang masih mengikuti blog ini. Maaf kerana sudah lama tidak diupdate. Sebenarnya saya pun tertunggu-tunggu update dari teman-teman yang lain (kerana password blog ini pun telah diketahui umum sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Encik Eamran Tahir di dalam thread di FB).

Baiklah, untuk tidak membiarkan blog ini terus statik, hari ini mari kita layan gambar-gambar ni...


rancangan untuk makan mee udang di Tanjung Langsat nampaknya
tak dapat dilaksanakan.... apa cerita ya?


ni gambar yang paling latest......
perjumpaan dengan Cikgu Hussein pada
6 July yg lepas...

2 model sdg berposing ~ pix diambil
beberapa minggu sebelum Grand Reunion TIJB berlangsung....
Mesyuarat AJK..

Untuk menatap lebih banyak lagi gambar-gambar jejaka-jejaka ini ( kepada yang ada akaun FB), jgn lupa click LIKE pada fanpage TIJB 90... Kepada x-tijb, kami menunggu anda di sana.

Di kesempatan ini juga, saya mewakili x-classmate saya kelas Bangunan 3 (SPM 90), ingin menjejak kembali bekas pelajar-bekas pelajar TIJB (Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru) kerana reunion B3 bakal diadakan, kemungkinan selepas Hari Raya Aidil Fitri 2010, insyaAllah. Saya berharap sekiranya ada di antara anda mengenali bekas pelajar-bekas pelajar terbabit dapat dipanjangkan hal ini kepada mereka kerana perbincangan untuk tujuan itu sedang dijalankan dan kata putus belum dapat dicapai lagi.

Saya juga dimaklumkan acara makan-makan, terbuka kepada x-tijb 89/90 (spm 90) bakal di adakan di KL sebelum menjelangnya ramadhan. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Puan Nawal Aeida Asaruddin.

Baiklah, saya rasa itu sahaja untuk setakat ini. Sebarang pertanyaan sila tinggalkan pesanan di ruangan komen.

Akan diupdate dari semasa ke semasa mengikut permintaan.


Saya yang menurut perintah...

ss...






Tuesday, October 27, 2009

SEKITAR GRAND REUNION TIJB BATCH 89/90


Find more photos like this on TEKNIK JB ALUMNI


Disini Lahirnya Sebuah Cinta
Yang Murni Abadi Sejati
Disini Tersemai Cita Cita
Bercambah Menjadi Warisan

Korus
Andai ku Terbuang Tak Diterima
Andai aku Disingkirkan
Kemana Harusku Bawakan
Kemana Harusku Semaikan
Cinta Ini

Betapa
Dibumi ini ku Melangkah
Keutara Selatan Timur dan Barat
Kujejaki

Aku Bukanlah Seorang Perwira
Gagah Menjunjung Senjata
Namun Hati Rela Berjuang
Walau Dengan Cara Sendiri
Demi Cinta Ini
ku Ingin Kotakan Seribu Janji
Sepanjang Kedewasaan Ini
ku Ingin Sampaikan Pesanan
Aku Lah Penyambung Warisan