Tuesday, July 21, 2009

KAD JEMPUTAN UNTUK ANDA SEMUA

Alamak! Tak clear la pulak ya kad jemputan ni... tak pe... saya rasa agenda sama seperti yang kat bawah tu kot.....sila scroll down.

Saturday, July 18, 2009

MAKAN MALAM TIJB 89/90

Assalamualaikum teman2 semua.

Bermula dari small gathering pada 27 June 09 yang telah dihadiri oleh 21 orang bekas pelajar TIJB maka tertubuhlah sebuah Jawatankuasa Grand Reunion sebagaimana berikut:-

Pengerusi - Shamsul eamran (5b2)
Setiausaha - Norlaila aka leleq (5b1)
Bendahari - Zuraina (5p2)
Wakil kelas Maslinda dan Nazir - 5b1
Shamsul eamran - 5b2
Shamsul Bahri dan Samiton - 5b3
Nasharuden - 5p1
Nor Haniza -5p2
Kudin - 5k1
Nurul Khairiah - 5k2
Azlan - 5m1
Sahril San - 5m2

Wakil KL-
Nawal 5p1
Suria 5p2
Asrad 5m2

Objektif Program

Mengeratkan lagi ikatan sesama pelajar TIJB 89/90
Menghubungi semula rakan yang lama terpisah
Mengumpul berita-berita terbaru dan berkongsi cerita
Mengumpulkan maklumat dari semua pelajar
Membina 'networking' antara pelajar, terutamanya untuk saling memajukan diri suasana berkeluarga; masing-masing mengambil berat perkembangan rakan-rakan
Membina 'database' pelajar TIJB 89/90 dengan pengumpulan maklumat diri, alamat dan pekerjaan.
Menggalakkan penyertaan di Facebook atau Ning TIJB (sila klik di bawah bloglist)
Mengimbau kembali nostalgia di TIJB sejak 20 tahun yang lepas
Menghargai pengalaman yang ditimba sepanjang pengajian di Teknik JB

Program ReunionMesyuarat bil 1/09 telah diadakan pada 11 Julai 09 dengan Kehadiran 70% AJK.
Berikut keputusan yang dibuat:-
Tarikh Program : 17 Oktober 09, 28 Syawal 1430 (sabtu)
Tempat : Johor Bahru (Penentuan Hotel sedang dalam proses)
Masa : Makan Malam (8.00 mlm - 11.00 mlm)
Jenis Program : Single party
Tema : Hari Raya

Rasional pemilihan perkara-perkara diatas. Pemilihan tarikh adalah berdasarkan semangat dikalangan AJK untuk menjalankan tugasan. Bulan syawal juga merupakan pilihan yang mana ada diantara rakan akan menunaikan haji dan kesempatan itu juga saling memohon maaf diatas kekhilafan sesama rakan2. Hari sabtu dipilih bagi membolehkan rakan2 yang jauh boleh pulang kerumah masing2 pada hari Ahad. Pemilihan tempat di JB adalah berdasarkan sekolah kita di JB. Tinjauan rambang mendapati ramai rakan2 yang berada di negeri Johor. ini juga akan memudahkan urusan AJK yang kebanyakan bermastautin di JB. Aktiviti selepas ini iaitu family day akan diadakan di luar Johor. Pemilihan masa untuk makan malam adalah kerana memberi ruang masa yang panjang dan keselesaan peserta program.

Pemilihan jenis program iaitu single adalah disebabkan objektif utama adalah untuk berjumpa dengan rakan2 lama. Program yang dicadang juga adalah berkaitan dengan rakan2 sahaja. Program akan menjadi lebih selesa dan ringkas serta memudahkan pengurusan AJK.

Tema hari raya dipilih kerana tarikh masih lagi dipenghujung syawal.KewanganSetiap peserta dikenakan bayaran RM100.00. Bayaran adalah termasuk pakej makan malam dan lebihan akan digunakan untuk doorgift dan lain2 urusan pentadbiran program. Lebihan dari wang tersebut akan digunakan untuk pembiyaan aktiviti family day.

Cara bayaran boleh dibuat kepada wakil kelas2 dan seterusnya wakil kelas akan menyerahkan kepada bendahari. Tarikh bayaran dan no akaun akan diberitahu kemudian.

Bagi rakan-rakan yang sudi menghulurkan sumbangan berbentuk wang atau barangan adalah dialu2kan.

Cadangan Aturcara:

8.00 -8.30 mlm - Ketibaan rakan ( pendaftaran)
8.30 mlm - Ucapan aluan oleh MC-
Bacaan Doa- Ucapan Pengerusi Program- Jamuan Makan- Break the ice secara berkumpulan (Mengikut Kelas)- Games- Penyampaian Anugerah- Ucapan rakan - siapa yang sudi maklum kepada urusetia- sesi bergambar - 11.00 mlm - bersurai

Pertanyaan : Sebarang pertanyaan, komen, cadangan dan hasrat untuk membantu program reunion Teknik JB Batch 89/90 ini boleh dikemukakan kepada AJK.

Bagaimana untuk membantu?· Tenaga, barangan Sumbangan dan idea.· Mengumpulkan dan memberitahu AJK contact info bekas pelajar lain· Menghebahkan program ini kepada bekas pelajar lain. InsyaAllah, moga dipermudahkan.


Disediakan oleh : Norlaila Sairan (setiausaha)
Disalin semula untuk anda oleh : Samiton

Thursday, July 16, 2009

SEDIA MAJU TEKUN



Sedia maju tekun
cogan kata amalan kita
itulah sebagai rukun
untuk jayakan segala cita

tujuan kami yg utama
pelajaran mesti diutama
walaupun berlainan agama
menuntut ilmu bersama-sama

bidang sains teknologi
kejayaan yg utama
bersugguh-sungguh bila dikaji
hasil lumayan kan menjelma

guru yg mendidik kami
rasa penuh semangat dan dedikasi
ilmu yg telah diberi
asas pelajaran yg kami warisi

sekolah menengah ini
gurunya bijak bestari
tekun..menjalani
tanggungjawab sendiri

kita ditanam semangat waja
sedia membuat jasa
taat setia kepada raja
khidmat utk nusa dan bangsa

Wednesday, July 15, 2009

Grand Reunion TIJB 89/90 - Dinner - 17th Oct 2009

Ok. Segala maklumat mengenai reunion ni akan diumumkan disini.

MUKADIMAH

Haiii.....Selamat bertemu kembali.... testing ni... sabar ya... lepas ni you all buat posting ikut suka korang la ya.

Ok.. sesiapa nak chatting tu sila scroll down chat kat xat tu... Cara-caranya ialah :

Tukar nama : sila klik pd nama katun kat sebelah kanan anda tu, selepas tu ikut arahan-arahan seterusnya.

Untuk chat.. sila type di kotak bawah emoticon tu ya. Taip je kat situ macam biasa....

SILA TEKAN GO LARGE - Selain berchatting ianya membenarkan anda melukis bersama-sama rakan-rakan anda dan membuat aktiviti kegemaran anda yang lain di chatbox ini - TEKAN Doodle untuk melukis dan Games untuk bermain game di sebelah kanan chatbox XAT anda. Selamat berchatting sambil bersantai-santai.

Kalau nak buat posting kat blog.. nak bubuh gambar ke apa-apa ke, password kita akan bagi kat thread di facebook kita. Rahsia tau.. jgn bagi kat orang lain pulak. Ok... byeee.